posted by admin on Feb 25

Renungan edisi Mas Adeki

Antara 1 dengan 10

1) 1 lebih 10 kurang, mengutuk mengumpat memang dilarang.

2) 1 sanggup 10 tolak, salah orang mudah dilihat.

3)1 tahu 10 tidak tahu, sangkakan keju rupanya tauhu.

4)1 prihatin 10 tidak kisah, sangkakan kering rupanya basah.

5)1 baik 10 sakit, sangkakan banyak rupanya sedikit.

6)1 cemerlang 10 malang, sangkakan daging rupanya tulang.

7)1 dapat 10 terlepas, sangkakan santan rupanya hampas.

8)1 hebat 10 lemah, sangkakan emas rupanya timah.

9)1 baik 10 buruk, mengata orang diri sendiri teruk.

10)1 kaya 10 miskin, cakap tidak serupa bikin.

posted by admin on Jun 15

Apa cabang tiada bergetah,

Embun yang mana tak turun pagi;

Bumi tak limbang buluh tak patah,

Ular dibalun biarkan mati.

 

Ambil golok di atas puan,

Hendak berakit ke Kuala Kedah;

Usah dijolok sarang tebuan,

Badan sakit sesal tak sudah.

posted by admin on Jun 14

Hujan turun rintik-rintik

Tumbuh cendawan gelang kaki

Kami sepantun telur itik

Kasih ayam maka menjadi.

 

Hendak dulang diberi dulang

Dulang ada berpahar tidak

Hendak pulang beri pulang

Pulang sahaja berhantar tidak.

 

 

Anak negeri mencari tuba

Tuba di cari di Tanjung Jati

Di dalam hati tidak akan lupa

Bagai rambut bersimpul mati.

 

 

Ayam rintik di pinggir hutan,

Nampak dari tepi telaga,

Nama yang baik jadi ingatan

Seribu tahun terkenang juga

posted by admin on Mar 6

KEBANGGAAN  HATI  PADA JUNJUNGAN,

TERPAHAT SETIA DI SANUBARI.

SALAM UKHUWAH SESAMA HULURKAN

TANDA KESYUKURAN  UMAT NABI.

posted by admin on Feb 10

-Cari tempat yang serasi (tenang)

-Siapkan apa-apa bekalan yang diperlukan.

-Duduk tegak  di kerusi yang selesa.

-BACA DOA PENERANG HATI

-Buat nota dengan menggunakan teknik   gramatis    (kata kunci yang sesuai-contoh untuk menyenangkan mengingati tiga ahli falsafah zaman Yunani. PAS:PLATO, ARISTOTLE DAN PLATO)

-Fikir dan ingat kembali isi utama

-Buat lakaran atau catatan

-Semak semula ketepatan maklumat

-Ulang sebut dengan menceritakan kepada orang lain

-Buat rumusan

-Jawab soalan

-Tampal maklumat yang rumit di dinding

-Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

posted by admin on Feb 8

-memasukkan maklumat dalam memori,

-menyimpan maklumat dalam sel memori,

-mengingat kembali,

-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain.

posted by admin on Feb 6

sambungan,

cahaya yang terang, bunyi yang sesuai, tampal poster yang boleh menaikkan semangat belajar, menenangkan fikiran.  Pastikan kerusi dan meja menghadap kiblat, seterusnya jangan lupa untuk tersenyyyyuuummm.

posted by admin on Feb 6

LANGKAH-LANGKAH KEJAYAAN.

Belajar secara aktif dengan bertemankan pen atau pensil di tangan.

Belajar dalam persekitaran kondusif,

 

posted by admin on Jan 31

Sungguh manis menjilat jari,

jari terkena manisan kedah.

Sungguh susah nak dicari,

jarang sekali mencuka marah.

posted by admin on Jan 9

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Powered By Wordpress - Theme Provided By Free Wordpress Themes - Online Degree Course